Notis APDP
Notis Di Bawah Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) kepada Pelanggan instaDuit
Pelanggan Yang Dihormati,
Di bawah APDP , terdapat pelbagai syarat yang mengawal pemprosesan :-
- Data peribadi anda (jika anda seorang individu );
- Data peribadi pengarah, pemegang saham, pengurus dan pegawai anda (jika anda adalah syarikat);
- Data peribadi rakan kongsi , pengurus dan pegawai anda ( jika anda adalah firma perkongsian);
- Jika berkaitan, data peribadi setiap penjamin individu atau pihak yang menyediakan sekuriti untuk pinjaman yang diberikan kepada anda dan pemohon/ peminjam bersama anda.
(secara kolektif “Individu”).
Polisi Privasi kami, yang dipaparkan dalam laman sesawang www.instaduit.com, yang memberitahu individu akan hak-hak mereka di bawah PDPA , termasuk tindakan yang boleh diambil untuk melaksanakan hak-hak itu dan akibatnya . Secara khususnya, Polisi Privasi kami memaklumkan Individu seperti berikut:-
- Bahawa kami mengumpul data peribadi secara terus daripada anda dan sumber-sumber pihak ketiga;
- Tujuan pengumpulan data peribadi anda;
- Hak mereka untuk mengakses dan mengemaskini data peribadi mereka;
- kelas pihak ketiga yang kami boleh mendedahkan data peribadi mereka;
- Pilihan dan cara mereka perlu menghadkan pemprosesan data peribadi mereka;
- Sama ada data peribadi yang diminta adalah wajib atau sukarela, dan sekiranya wajib, akibat-akibatnya jika tidak memberikan data peribadi itu;
- Untuk mengemaskinikan data peribadi mereka sebaik sahaja berlaku sebarang perubahan; dan
- Cara untuk menghubungi kami jika mereka ingin membuat sebarang pertanyaan atau memberi maklum balas.
Sila hubungi kami dengan butiran yang terdapat dalam halaman ‘Hubungi Kami’ jika penjelasan lanjut diperlukan.