Cara memohon pinjaman peribadi swasta? Dapatkan jawapan anda di sini.

Berikut adalah beberapa soalan lazim
mengenai pinjaman instaDuit

1. Apakah pinjaman peribadi?

Pinjaman peribadi adalah sejenis perkhidmatan pinjaman wang yang ditawarkan oleh institusi kewangan atau pemberi pinjaman seperti bank dan pinjaman wang berlesen, yang sekarang dikenali sebagai syarikat komuniti kredit oleh KPKT.

Pinjaman peribadi mempunyai 3 ciri-ciri utama: jumlah wang pinjaman, tempoh / jangkamasa pinjaman dan kadar faedah pinjaman. Biasanya, peminjam-peminjam memohon pinjaman peribadi untuk pelbagai kegunaan seperti menyatukan hutang kad kredit, membeli alat ganti, pengubahsuaian rumah, membayar yuran pendidikan, perbelanjaan perkahwinan, menyelesaikan hutang peribadi dan sepertinya.Peminjam boleh membuat pinjaman untuk dibayar balik dalam tempoh yang ditetapkan.

instaDuit adalah sebuah syarikat pinjaman peribadi swasta dan peminjam wang berlesen yang paling dipercayai di Malaysia. JIka anda ingin mencari pinjaman want kelulusan segera, jom mulakan permohonan anda dengan kami melalui pautan ini. 

2. Siapakah yang boleh memohon pinjaman instaDuit?

Anda boleh memohon instaDuit jika anda:

  1. Rakyat Malaysia
  2. Individu yang bergaji
  3. Berumur 21 –  55 tahun
  4. Pendapatan minimum RM1,500
  5. Minimum 6 bulan dengan majikan semasa
  6. Bekerja in KL, Selangor, Putrajaya
  7. Tidak diisythihar muflis
  8. Tidak di bawah program pengurusan kredit AKPK

3. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman instaDuit?

Jika anda individu yang bergaji, anda perlu:

  1. Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
  2. Slip gaji 3 bulan terkini
  3. Slip penyata bank 3 bulan terkini yang gaji bulanan anda dikreditkan
  4. Penyata KWSP atau borang deklarasi cukai (Borang BE) yang terkini
  5. Bil utiliti – Elektrik, Air dan sebagainya

4. Perlukah saya memiliki akaun bank untuk memohon pinjaman instaDuit?

Ya, peminjam haruslah memiliki akaun bank yang aktif. Akaun bank diperlukan untuk menghantar pinjaman wang yang dipohon dan untuk bayaran bulanan.  Akaun bank perlu berdaftar dengan nama peminjam dan alamat terkini.

5. Berapa jumlah pinjaman yang boleh saya mohon?

Kami menawarkan pinjaman di antara RM1,000 dan RM10,000. Jumlah yang melebihi RM10,000 akan dinilaikan oleh pasukan kami berdasarkan kes individu.

6. Berapakah nilai maksimum atau nilai minimum yang saya boleh pinjam?

Pinjaman minimum adalah RM1,000. Pinjaman maximum adalah RM10,000.

7. Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan?

Kami menawarkan tempoh pembiayaan di dari 6 bulan sehingga 48 bulan

8. Apakah kadar faedah untuk pinjaman instaDuit?

Kadar faedah pinjaman kami adalah dari 12% setahun (dengan cagaran) kepada 18% setahun (tanpa cagaran).

9. Perlukah saya membuat bayaran pendahuluan, deposit keselamatan atau ansuran terlebih dahulu?

Tidak, anda tidak perlu membuat bayaran deposit keselamatan, tiada bayaran pendahuluan atau ansulan pembayaran.

10. Adakah terdapat apa-apa kos lain yang saya perlu bayar?

Ya, ada beberapa caj yang akan dikenakan berkanun dengan apa yang anda perlu bayar seperti duti setem dan sebagainya

11. Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran?

Kemudahan ini tidak memerlukan sebarang penjamin atau cagaran

12. Bagaimanakah bayaran balik bulanan dikirakan?

Pembayaran semula bulanan dikira berdasarkan:

  1. Amaun pinjaman (a)
  2. Tempoh pinjaman dalam bulan (b)
  3. Kadar faedah pinjaman 1.5% sebulan (c)

Bayaran Balik Bulanan = [(a*b*c) + a ] / (b)

13. Adakah instaDuit sebuah syarikat peminjam wang berlesen?

Ya, BB Capital Sdn Bhd adalah sebuah syarikat peminjam wang berlesen dan kredit komuniti yang boleh dipercayai. No Lesen KPKT kami adalah WL6540/10/01-5/151124

Untuk ketenteraman hati, anda boleh mengesahkan syarikat kami melalui aplikasi mudah alih rasmi KPKT i-KREDITKOM yang boleh dimuat turun dari laman web KPKT.

14. Adakah anda memegang atau menyimpan kad ATM pelanggan?

Tidak, kami tidak akan memegang atau menyimpan kad ATM pelanggan kami.

15. Apakah jadual bayaran balik pinjaman bulanan?

Anda boleh merujuk kepada jadual pembayaran balik pinjaman bulanan di bawah

instaDuit Personal Loan Repayment Schedule Jadual Pinjaman Peribadi instaDuit

instaDuit Personal Loan Repayment Schedule Jadual Pinjaman Peribadi instaDuit 48 bulanAnda juga boleh menggunakan kalkulator pinjaman peribadi kami untuk mengira jumlah bayaran balik bulanan yang anda inginkan. Kalkulator pinjaman peribadi instaDuit kami boleh didapati di halaman utama kami www.instaduit.com

16. Bagaimanakah boleh saya membandingkan dan memilih Pinjaman Peribadi yang terbaik?

Anda boleh menggunakan kalkulator pinjaman peribadi kami untuk mengira jumlah bayaran balik bulanan yang diinginkan. Kalkulator pinjaman peribadi instaDuit kami boleh didapati di halaman utama kami www.instaduit.com

17. Perlukah saya melawat pejabat instaduit untuk permohonan saya?

Menurut peraturan KPKT, pelanggan kami dikehendaki mengunjungi pejabat instaduit untuk menandatangani perjanjian pinjaman. Selepas permohonan anda diluluskan, kami akan menjadualkan temu janji untuk menandatangani perjanjian pinjaman di pejabat kami.

18. Apakah pinjaman peribadi terbaik untuk saya?

Sudah tentulah instaDuit. Kami adalah Pemberi Pinjaman Wang Berlesen KPKT yang paling dipercayai di Malaysia dan menawarkan pinjaman peribadi segera digital yang terbaik berbanding peminjam-peminjam lain

1. Adakah anda akan menjalankan rujukan kredit ke atas saya?

Ya. Sebagai salah satu langkah daripada permohonan pinjaman, pihak kami akan meminta laporan kredit anda dari sebuah agensi biro kredit terkemuka.

Agensi biro kredit memberi kami pelbagai maklumat mengenai peminjam yang berpotensi. Kebanyakan maklumat yang dipegang oleh agensi biro kredit berkaitan dengan rekod pembayaran, jumlah nisbah hutang, tempoh rekod kredit, kes mahkamah dan sebagainya.

2. Apa itu sejarah kredit?

Sejarah kredit adalah rekod pengurusan kredit anda bersasarkan rekod pembayaran, jumlah nisbah hutang, tempoh rekod kredit, kes mahkamah dan sebagainya. Sejarah kredit penting kerana ia menunjukkan kemampuan anda untuk membuat pembayaran balik pinjaman. Sejarah kredit seseorang boleh diperoleh dari agensi biro kredit dan agensi kerajaan.

Di Malaysia, salah laporan terutama adalah Central Credit Reference Information System (CCRIS). Laporan kredit ini mengandungi kredit sejarah anda dari semua penyedia perkhidmatan kewangan di Malaysia setempoh 12 bulan.

3. Apa itu Skor kredit?

Skor kredit adalah nombor tiga angka yang menunjukkan kesihatan dan kelayakan kredit anda.

Skor kredit yang tinggi akan membantu meningkatkan peluang untuk kelulusan pinjaman manakala skor yang rendah boleh menjejas dan merendahkah peluang anda untuk kelulusan permohonan pinjaman wang. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai skor kredit di sini.

4. Saya telah selesai mengisi borang pinjaman, apakah langkah seterusnya?

Apabila anda menghantar borang permohonan anda, pihak kami akan membuat semakan untuk mengenal pasti sama ada anda layak atau tidak untuk memohon pinjaman.

Sewaktu proses semakan, pihak kami mungkin meminta beberapa dokumentasi daripada anda untuk mengesahkan identiti anda.

Kami mungkin meminta anda untuk dokumen sokongan seperti NRIC anda, bil utiliti untuk membuktikan alamat rumah anda serta penyata kewangan seperti slip gaji pendapatan anda dan penyata akaun bank. Tujuan kami melakukan semakan ini adalah untuk melindungi anda daripada penipu yang mungkin meniru identiti anda tanpa pengetahuan anda.

Jika anda ditanya untuk menyediakan dokumentasi, sila pastikan:

  1. Maklumat nama dan alamat pada IC adalah sama dengan borang permohonan.
  2. Bukti alamat anda mestilah bertarikh dalam masa 3 bulan terakhir.
  3. Bukti akaun bank anda mestilah menunjukkan nama dan nombor akaun anda.
5. Berapa lama tempoh yang perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan saya?

Kami akan berusaha untuk meproses and mendapatkan kelulusan anda dalam 24 jam. Tempoh ini just bergantung kepada kelengkapan maklumat-maklumat dan dokumentasi yang diserahkan kepada pihak kami. Untuk mempercepatkan kelulusan pinjaman anda, kami amat menghargai jika anda boleh menyerahkan dokumentasi lengkap anda kepada kami.

6. Bagaimanakah anda dapat meluluskan pinjaman dengan cepat?

Kami telah membina platform digital pintar yang membolehkan kami membuat keputusan pantas online untuk anda.

7. Kenapa jumlah pinjaman yang diluluskan berbeza dengan jumlah yang saya pohon?

Kami menilai setiap permohonan individu dengan teliti.

Kelayakan untuk pinjaman atau jumlah pinjaman yang diluluskan bergantung pada keadaan kredit anda dan keupayaan anda untuk membayar semua pembayaran sepanjang tempoh pinjaman. Kami juga ingin memastikan anda dapat membuat pembayaran balik bulanan anda tanpa membebankan kewangan anda.

8. Mengapakah permohonan saya ditolak?

Semua permohonan kepada instaDuit akan dinilaikan dengan teliti. Terdapat pelbagai sebab jika permohonan anda ditolak, antaranya skor kredit yang rendah, komitmen kewangan atau nisbah perkhidmatan hutang yang terlalu tinggi.

Keputusan ini juga dibuat atas kebaikan dan manfaat kepada anda untuk mengelakkan anda daripada kesukaran kewangan pada masa yang akan datang.

9. Adakah maklumat peribadi saya selamat dengan instaDuit?

Jangan risau, maklumat peribadi anda adalah selamat dengan kami.

Kami mempunyai dasar dan keselamatan yang ketat apabila kami memproses data anda mengikut Notis APDP dan Notis Privasi kami.

Kami tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada pihak ketiga tanpa persetujuan anda.

1. Pinjaman saya telah diluluskan, apakah langkah seterusnya?

Tahniah! Kami akan menjemput anda untuk menyemak dan menandatangani perjanjian pinjaman. Apabila perjanjian pinjaman ditandatangani, jumlah pinjaman yang diluluskan akan dimasukan kepada akaun bank anda.

Menurut peraturan KPKT, wang pinjaman hanya boleh dimasukan melalaui perbankan atas talian. Pengeluaran pinjaman melalui wang tudai tidak dibenarkan.

2. Berapa lama masa yang diperlukan untuk pinjaman saya dibayar kepada akaun bank saya?

Pihak kami berhasrat untuk memasukan jumlah pinjaman yang diluluskan kepada akaun bank anda dalam masa 6 jam dari tarikh kelulusan.

3. Bagaimanakah saya boleh membayar balik pinjaman instaDuit saya?

Pembayaran balik boleh dibuat secara

  1. Perbankan internet – Pemindahan segera atau GIRO (IBG)
  2. DuitNow
  3. Deposit Tunai
  4. Pemindahan dana MEPS Mesin ATM
4. Bolehkah saya membuat pembayaran balik awal sepenuhnya sebelum tempoh jangkamasa pinjaman?

Boleh. Jika pinjaman diselesaikan sepenuhnya sebelum tempoh tamat pinjaman, anda akan dikenakan caj bayaran awal.

5. Bagaimana jika saya terlambat membuat bayaran pinjaman saya?

Kami menasihatkan agar untuk membuat pembayaran bulanan anda pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan dalam perjanjian pinjaman anda.

Sekiranya bayaran anda terlambat, anda akan dikenakan faedah pembayaran lewat seperti yang dinyatakan di dalam perjanjian pinjaman anda.

6. Saya menghadapi masalah kewangan, di mana saya boleh mendapatkan bantuan?

Jika anda menghadapi kesukaran untuk membuat pembayaran balik, silalah menghubungi kami untuk membincangkan tentang keadaan anda.

Selain itu, anda boleh mendapatkan perkhidmatan daripada AKPK (atau  Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit). AKPK adalah sebuah agensi di bawah BNM (Bank Negara Malaysia) yang menwarkan perkhidmatan kaunsling percuma seperti kaunseling kredit, pengurusan wang,dan pendidikan kewangan kepada individu. Anda boleh membuat pertanyaan melalui nombor 03-2616 7766.

7. Bagaimana jika saya tidak membayar balik pinjaman saya sepenuhnya?

Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap anda sekiranya berlaku kegagalan dalam pembayaran balik

pinjaman. Anda akan menanggung semua kos, perbelanjaan dan yuran (termasuk dan tanpa had kos peguamcara) yang mungkin ditanggung oleh Syarikat dalam penguatkuasaan untuk mendapatkan semula pinjaman tersebut.

Tindakan undang-undang yang diambil terhadap anda boleh menjejaskan kadar kredit anda yang boleh menyebabkan kredit akan menjadi lebih sukar atau permohnan pinjaman di masa yan akan datang, ditolak oleh bank-bank atau peminjam wang lain.

8. Apa yang saya perlu lakukan jika terdapat perubahan pada nombor telefon, alamat surat-menyurat atau e-mel saya?

Sila menghubungi kami secepat mungkin jika terdapat sebarang perubahan maklumat supaya makumat anda boleh dikemas kini.

1. Kami sedar bahawa ada pihak-pihak yang menyamar sebagai syarikat kami dan menggunakan nama kami: BB Capital Sdn Bhd. Jika anda rasa anda mungkin ditipu, sila baca untuk mendapatkan butiran lanjut.

Kebiasaannya, inilah cara scammer menipu mangsa mereka: –

  1. Penipuan dilakukan melalui media sosial atau laman sesawang yang palsu. Kami telah mengenalpasti laman web dan facebook palsu ini: www.bbcapital.info dan https://www.facebook.com/BB-Capital-Sdn-Bhd-108555301573303
  2. Setelah mangsa memberikan segala maklumat diri, mereka akan menyamar sebagai Ejen Pinjaman daripada BB CAPITAL SDN BHD
  3. Mereka akan WhatsApp dan rekod suara sahaja tanpa menerima sebarang panggilan
  4. Setelah mendapat ‘kelulusan’ untuk membuat pinjaman, mereka akan meminta mangsa membayar wang perlindungan insurans dalam beratus-ratus ringgit
  5. Selepas membayar wang perlindungan insurans, mereka akan meminta mangsa membayar wang untuk pembukaan akaun pinjaman
  6. Akaun yang diberikan oleh mereka adalah akaun individu bukan akaun syarikat.
  7. Mereka akan menakutkan mangsa dengan mengatakan jika mangsa tidak membayar wang tersebut, mereka ugut untuk mendedahkan maklumat peribadi mangsa kepada pihak berkuasa
  8. Apabila mangsa sudah membayar kesemua wang tersebut, mereka akan terus menghilangkan diri

Sebagai sebuah komuniti kredit yang berlesen, kami tidak akan meminta sebarang bayaran wang pendahuluan atau meminta pelanggan kami untuk memindahkan wang kepada akaun pihak ketiga. Sekadar ini, instaDuit atau BB Capital Sdn Bhd hanya menawarkan perkhidmatan kami di KL & Selangor sahaja.

Jika anda dihubungi oleh mana-mana pihak yang mencurigakan yang mendakwa berasal dari syarikat kami. Anda boleh menggunakan mobile app seperti True Caller atau www.truecaller.com untuk mengenal pasti nombornya.

Jika anda ditipu oleh scammer, kami menggalakkan agar anda segera membuat laporan polis dengan memberikan nombor telefon dan butiran akaun yang digunapakai oleh ‘scammer’ ini.

Jika anda masih curiga, anda boleh hubungi kami di talian 017-215 9500 untuk pengesahan maklumat lebih lanjut.

2. Bagaimana saya tahu syarikat anda penipu atau tidak?
  1. Syarikat berdaftar kami bername BB Capital Sdn Bhd
  2. Laman web rasmi kami adalah www.instaduit.com dan nombor hubungan rasmi kami adalah 017 215 9500
  3. Kami tidak akan meminta sebarang pembayaran pendahuluan dari sesiapa pun
  4. Kami tidak akan meminta sesiapa untuk memindahkan wang ke mana-mana akaun pihak ketiga.

Seorang penipu biasanya akan berkomunikasi melalui Whatsapp dan nota suara, mereka tidak akan menjawab panggilan suara. Jika anda ragu-ragu, sila hubungi kami di 017 215 9500 dan kami berbesar hati untuk mengesahkan butiran kami dengan anda

3. Apakah yang perlu saya lakukan dengan maklumat yang telah saya kongsikan dengan penipu?

Jika anda telah menghantar butiran anda kepada penipu, tiada apa apa yang boleh dilbuat. Mungkin Cik/Encik boleh cuba memadam dokumen dan mesej-mesej dengan fungsi ‘delete for everyonne’ ya (jika whatsapp digunakan untuk komunikasi dengan mereka)

4. Penipu ini sedang mengancam saya, apakah yang patut saya buat?

Lazimnya, terdapat penipu akan bermain helah fikiran dengan mengancam mangsa mereka dengan alasan seperti mengambil tindakan undang-undang atau menyenaraihitamkan akaun anda jika arahan mereka tidak diikuti dengan segera

Sindiket ini biasanya ingin mengaut keuntungan dengan cepat dan mereka mungkin mendesak anda untuk memindahkan lebih banyak ‘deposit’ atau ‘bayaran pendahuluan’ . Jika mereka berbuat demikian, sila jangan gentar atau pindahkan sebarang wang lagi kepada mereka.

Sebaliknya, sila laporkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan maklumkan kepada penipu bahawa laporan telah dibuat terhadap mereka.

5. Apakah yang boleh saya lakukan sekiranya saya telah ditipu?

Anda boleh membuat laporan dengan menghubungi 997, National Scam Response Center (NSRC). NSRC memfokuskan pada penipuan kewangan dalam talian – iaitu, kejadian mangsa melihat transaksi yang tidak dibenarkan daripada akaun bank mereka dan kejadian mangsa diperdaya untuk memindahkan dana melalui perkhidmatan kewangan dalam talian.

Kami juga menggalakkan anda membuat laporan polis dengan nombor telefon dan butiran akaun bank yang digunakan oleh penipu ini supaya pihak berkuasa boleh memulakan siasatan.

Sebelum Membuat Permohonan

Sewaktu Permohonan

Selepas Permohonan

Perhatian Scammer

Mencari Pinjaman Peribadi Ekpres?
InstaDuit je lah.

Cara Memohon Pinjaman Peribadi.PNG

Apakah Pinjaman Peribadi?

Pinjaman peribadi adalah perkhidmatan pinjaman wang yang ditawarkan oleh institusi kewangan atau pemberi pinjaman seperti bank dan pinjaman wang berlesen/ syarikat komuniti kredit.

Pinjaman peribadi amat berguna sekiranya jika anda memerlukan bantuan jangka pendek atau wang tambahan untuk menampung keperluan kewangan anda seperti penyatuan hutang anda, pengubahsuaian rumah, percutian, pendidikan, perkahwinan, bil perubatan, pembelian tiket besar (seperti basikal baru), perbelanjaan yang tidak dirancang atau untuk keadaan kecemasan. Bagi ramai orang, pinjaman peribadi sangat berguna pada masa yang diperlukan.

Pinjaman peribadi instaDuit boleh digunakan untuk hampir semua perkara dan memberikan anda fleksibiliti mengikut keselesaan dan keperluan anda.

Jika anda menghadapi kesukaran mendapatkan kelulusan daripada bank tradisional, jangan risau. Di instaDuit, kami telah menjadikan pembiayaan peribadi mudah, cepat dan mesra apabila anda memohon dalam talian dengan kami. Tiada lagi barisan panjang di bank, tiada lagi kerja yang hilang untuk membuat keputusan kewangan yang penting, dan tiada lagi perasaan seperti anda kehilangan semua perkara yang baik dalam hidup kerana anda tidak boleh mendapatkan akses kepada kredit. Dengan instaDuit, kami akan membantu anda bangkit semula dengan keperluan kewangan anda.

Memahami Pinjaman Peribadi

Sebelum membuat pinjaman peribadi, ini adalah penting untuk memahami terma dan syarat, termasuk kadar faedah, tempoh pembayaran balik dan yuran yang berkaitan dengan pinjaman. Tempoh pembayaran balik untuk pinjaman peribadi boleh berkisar antara beberapa bulan hingga beberapa tahun, dan peminjam dikehendaki membuat bayaran tetap sehingga pinjaman itu dibayar sepenuhnya.

Semasa mencari pinjaman peribadi, anda patut membuat perbandingan kadar faedah, terma pembayaran balik dan yuran yang ditawarkan oleh pemberi pinjaman yang berbeza. Anda boleh menggunakan laman perbandingan pinjaman dalam talian untuk membandingkan tawaran daripada berbilang pemberi pinjaman dengan mudah, atau anda boleh menghubungi beberapa pemberi pinjaman secara langsung untuk meminta sebut harga. Anda juga harus mempertimbangkan kelayakan kredit anda sendiri apabila memohon pinjaman peribadi. Skor kredit yang lebih tinggi biasanya akan menghasilkan kemungkinan yang lebih baik untuk mendapatkan pinjaman anda diluluskan.

Sebaik sahaja anda telah membuat pinjaman peribadi, adalah penting untuk membuat pembayaran tepat pada masanya dan konsisten untuk mengelakkan kerosakan skor kredit anda. Anda boleh menyediakan pembayaran automatik atau direct debit daripada akaun bank anda untuk memastikan pembayaran anda dibuat tepat pada masanya atau anda boleh menjadualkan peringatan untuk membuat pembayaran manual.

Ia juga merupakan idea yang baik untuk membuat belanjawan dan mematuhinya, untuk membantu anda menguruskan perbelanjaan anda dan kekal di landasan yang betul dengan pembayaran balik pinjaman anda. Jika anda menghadapi masalah membuat pembayaran pinjaman anda, hubungi pemberi pinjaman anda secepat mungkin untuk membincangkan kemungkinan penyelesaian, seperti pengubahsuaian pinjaman atau penangguhan.

Ringkasnya, pinjaman peribadi boleh amat berguna untuk menguruskan hutang atau membiayai perbelanjaan yang besar, tetapi penting untuk memahami terma dan syarat pinjaman sebelum memohon. Dengan membandingkan tawaran daripada berbilang pemberi pinjaman, dan mengambil langkah untuk mengurus perbelanjaan anda dan membuat pembayaran tepat pada masanya, anda boleh memastikan bahawa anda mendapat pilihan pinjaman peribadi terbaik seperti instaDuit untuk keperluan anda.

Bagaimana Cara Membuat atau Memohon Pinjaman Peribadi?

Pertama, anda perlu memohon pinjaman peribadi daripada pemberi pinjaman berlesen seperti bank, institusi kewangan dan pinjaman wang berlesen/atau syarikat komuniti kredit seperti instaDuit.

Di instaDuit, anda boleh membuat permohonan dengan melayani www.instaduit.com. Cara memohon pinjaman peribadi dengan instaDuit senang sahaja.

Mulakan permohonan anda dengan menggunakan kalkulator pinjaman peribadi. selepas itu isikan butiran anda dalam boring permohonan and memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan. Setelah semua butiran telah diterima, anda akan dihubungi mengenai status kelulusan permohonan anda dalam masa 24 jam. Cepat dan mudah kan?

Setelah permohonan anda diluluskan dan jika anda bersetuju dengan terma dan syarat pinjaman, jumplah pinjaman penuh yang diluluskan akan dimasukkan terus ke akaun bank anda pada hari yang sama. Dari masa itu, anda perlu membuat pembayaran ansuran setiap bulan mengikut jumlah dan tempoh di jadual pembayaran yang ditetapkan di dalam perjanjian pinjaman anda. Bayaran balik ansuran ini tediri daripada jumlah jumlah prinsipal dan faedah pinjaman.

Bernanding pinjaman lain, pembayaran pinjaman peribadi biasanya lebih singkat, dari 1 bulan hingga 10 tahun. Pinjaman peribadi mempunyai kadar faedah tetap yang tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman.  Anda perlu membayar ansuran anda mengikut jadual pinjaman sehingga hujung tempoh pinjaman.

Cara bayaran balik juga amat mudah. Dengan instaDuit, anda boleh membuat pembayaran balik ansuran melalui perbankan atas talian, atau dengan menggunakan kaedah JomPAY di mana-mana laman web bagi bank anda.

Di instaDuit, kami menawarkan pinjaman peribadi swasta dari 12 hingga 48 bulan dengan pinjaman yang bermula dari RM1,000 hingga RM10,000.

Bagaimanakah pinjaman peribadi berbeza daripada pinjaman lain?

Secara amnya, anda mempunyai kebebasan untuk menggunakan pinjaman peribadi untuk dibelanjakan ke atas apa-apa yang anda inginkan. Pinjaman lain seperti pinjaman rumah dan kereta, mewajibkan anda mengunakan pinjaman khasnya untuk pembelian hartanah atau kenderaan.

Kebiasaannya, permohonan pinjaman peribadi juga lebih pantas berbanding jenis pinjaman lain (contohnya pinjaman rumah dan kereta) dan juga lebih senang kerana ia tidak memerlukan banyak dokumen-dokumen untuk membuat permohonan. Tempoh kelulusan untuk pinjaman peribadi berkisar dari beberapa jam sehingga sehari.

Pinjaman Peribadi vs. Kad Kredit: Mengapa Pinjaman Peribadi Pilihan Yang Lebih Baik?

Walaupun kedua-dua pinjaman peribadi dan kad kredit menawarkan akses kepada dana, mereka datang dengan kelebihan dan kelemahan yang berbeza. Apabila memilih di antara kedua-dua ini, memahami perbezaan utama mereka adalah penting untuk membuat keputusan kewangan yang tepat.

Inilah di mana kelebihan pinjaman peribadi berbanding hutang kad kredit:

  1. Kadar faedah sepanjang tempoh pinjaman. Ini membolehkan anda membuat anggaran dengan tepat dan merancang pembayaran bulanan, memberikan rasa kestabilan dan kawalan terhadap kewangan anda.
  2. Kadar Faedah Lebih Rendah: Secara umumnya, pinjaman peribadi membawa kadar faedah yang lebih rendah berbanding kad kredit. Ini bermaksud penjimatan yang ketara dalam jangka panjang, terutamanya apabila meminjam jumlah yang lebih besar.
  3. Penggabungan Hutang: Jika anda mempunyai hutang kad kredit dengan kadar faedah tinggi, menggabungkannya ke dalam pinjaman peribadi boleh menjadi strategi yang bijak. Anda akan mendapat manfaat daripada kadar faedah yang lebih rendah, menyederhanakan pengurusan hutang anda dan mungkin menjimatkan ribuan ringgit daripada caj faedah.
  4. Penambahbaikan Tanggungjawab: Tempoh tetap dan pembayaran yang terstruktur dari pinjaman peribadi secara semulajadi mendorong disiplin kewangan yang lebih besar. Anda kurang cenderung untuk berbelanja melebihi kemampuan atau membuat pembayaran lewat, berbanding dengan sifat fleksibel kad kredit yang boleh dengan mudah menyebabkan penimbunan hutang.
  5. Tiada Caj Tahunan: Berbeza dengan kebanyakan kad kredit yang mengenakan caj tahunan, pinjaman peribadi biasanya bebas daripada caj tersebut. Ini bermaksud penjimatan kos tambahan di atas kadar faedah yang mungkin lebih rendah.
  6. Keupayaan Belanja Yang Terhad: Dengan pinjaman peribadi, anda menerima jumlah tetap pada permulaan, menghapuskan godaan untuk berbelanja berlebihan seperti yang mungkin berlaku dengan kad kredit. Ini boleh membantu terutamanya bagi individu yang cenderung membuat pembelian secara impulsif atau mereka yang ingin mengawal tabiat perbelanjaan mereka.
  7. Penambahbaikan Skor Kredit: Menguruskan pinjaman peribadi dengan bertanggungjawab dan membuat pembayaran tepat pada masanya boleh memberi impak positif kepada skor kredit anda. Ini menunjukkan keupayaan anda untuk mengurus kredit dengan bertanggungjawab, yang mungkin membawa kepada syarat pinjaman dan kadar faedah yang lebih baik pada masa akan datang.
  8. Ketenangan Fikiran: Membayar balik pinjaman peribadi dengan tarikh tamat yang jelas boleh memberikan ketenangan fikiran dan rasa pencapaian. Mengetahui bahawa anda mempunyai jadual pembayaran tetap dan jalan yang jelas untuk menjadi bebas daripada hutang boleh mengurangkan tekanan kewangan dan kebimbangan.

Walaupun pinjaman peribadi menawarkan beberapa kelebihan berbanding hutang kad kredit, adalah penting untuk mempertimbangkan keadaan individu anda sebelum membuat keputusan.

Berikut adalah beberapa faktor untuk difikirkan:

  1. Tujuan pinjaman: Pinjaman peribadi sesuai untuk keperluan tertentu seperti renovasi rumah, penggabungan hutang, atau pembelian besar-besaran.
  2. Kereputan kredit: Kredit yang baik membolehkan anda mendapat kadar faedah yang lebih rendah untuk kedua-dua pinjaman peribadi dan kad kredit.
  3. Disiplin kewangan: Jika anda menghadapi masalah dengan pembelian berlebihan, pinjaman peribadi dengan struktur tetap boleh menjadi pilihan yang lebih selamat.
  4. Pembuatan belanjawan: Pastikan anda dapat dengan selesa mengakomodasi pembayaran bulanan yang tetap dari pinjaman peribadi.

Dengan menilai dengan teliti situasi kewangan anda dan menimbang pro dan kontra setiap pilihan, anda boleh memilih penyelesaian pinjaman yang paling sejajar dengan keperluan dan matlamat kewangan anda.

Pendahuluan Tunai Kad Kredit vs Pinjaman Peribadi, yang mana lebih baik?

Terdapat beberapa kelebihan pinjaman peribadi berbanding pendahuluan tunai (atau ‘cash advance’) dari kad kredit: –

  1. Caj: Selain daripada kadar faedah yang tinggi, syarikat kad kredit juga biasanya mengenakan caj untuk kemajuan tunai, seperti caj muka atau peratusan daripada jumlah yang anda tarik. Caj ini boleh menambah cepat dan menjadikan kos pendahuluan tunai lebih mahal.
  2. Tiada Tempoh Bayaran Lembut (atau ‘grace period’): Berbeza dari pembelian biasa kad kredit, pendahuluan tunai biasanya tidak ada tempoh bayaran lembut, ini bermakna bahawa faedah bermula terkumpul dari saat anda mengeluarkan wang. Ini boleh menjadikan lebih sukar untuk melunaskan baki dan boleh membawa kepada lebih banyak hutang.
  3. Had Kredit Lebih Rendah: Syarikat kad kredit sering menetapkan had yang lebih rendah untuk kemajuan tunai berbanding pembelian biasa kad kredit. Ini bermakna bahawa anda mungkin tidak dapat menarik sebanyak wang yang anda perlukan, yang boleh menjadi masalah jika anda menghadapi kecemas

Adalah penting bagi pengguna untuk memahami syarat perjanjian, termasuk kadar faedah dan yuran sekali, sebelum meneruskan transaksi pendahuluan tunai. Pinjaman pendahuluan tunai berfaedah tinggi boleh membebankan situasi kewangan anda jika anda tidak menguruskannya dengan sewajarnya.

Sebaliknya, pinjaman peribadi seperti instaDuit biasanya disertakan dengan pembayaran tetap, dan tempoh pembayaran balik yang lebih lama, yang boleh menjadikannya pilihan yang lebih baik untuk meminjam wang. Walaupun pinjaman peribadi mungkin memerlukan semakan kredit dan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk diperolehi daripada pendahuluan tunai, pinjaman tersebut akhirnya boleh menjimatkan wang anda dan membantu anda mengelak daripada terjerumus ke dalam kitaran hutang.

Adakah terdapat pelbagai jenis Pinjaman Peribadi?

Jawapannya, Ya. Biasanya akan mendengar tentang dua jenis pinjaman peribadi: pinjaman peribadi tidak bercagar dan bercagar.

Kebanyakan pinjaman peribadi di Malaysia dikenali sebagai pinjaman tidak bercagar. Pinjaman tidak bercagar adalah pinjaman yang tidak memerlukan sebarang jenis cagaran. Ini bermakna anda tidak perlu mencagarkan sebarang cagaran atau aset anda semasa membuat permohonan perkhidmatan pinjaman peribadi.  Contoh pinjaman tidak bercagar termasuk pinjaman pembelanjaran, kad kredit dan perkhidmatan beli sekarang, bayar kemudian (atau Buy Now, Pay Later – BNPL). Secara amnya, kadar faedah bagi pinjaman tidak bercagar lebih tinggi daripada kadar faedah pinjaman bercagar.

Pinjaman bercagar sebaliknya, ialah pinjaman yang disokong oleh cagaran, sekuriti atau aset kewangan yang anda miliki, seperti rumah, kereta atau motosikal —yang boleh digunakan sebagai satu bentuk pembayaran kepada pemberi pinjaman sekiaranya anda tidak dapat membuat bayaran ansuran anda. Selain itu, pemberi pinjaman mempunyai hak undang-undang untuk mengambil alih cagaran yang anda cagarkan sekiranya anda tidak dapat membayar balik pinjaman anda seperti yang disenaraikan dalam perjanjian pinjaman. Jenis pinjaman bercagar yang paling biasa ialah pinjaman rumah  dan pinjaman kereta.

Dalam sesetengah keadaan, pemberi pinjaman mungkin memerlukan penjamin untuk peminjam. Penjamin ialah seseorang yang bersetuju untuk membayar pinjaman anda bagi pihak anda jika anda tidak dapat membuat pembayaran anda. Biasanya, penjamin adalah rakan terdekat atau keluarga peminjam.

Di instaDuit, kami menawarkan perkhidmatan pinjaman peribadi tidak bercagar dan tidak memerlukan peminjam kami untuk melantik penjamin untuk perkhidmatan kami.

Di manakah saya boleh memohon Pinjaman Peribadi?

Adna boleh membuat permohonan pinjaman wang peribadi di beberapa syarikat seperti Bank dan syarikat pinjaman wang berlesen. Lazimnya, Bank-bank seperti  CIMB, Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam, Maybank, Ambank dan RHB menawarkan perkhidmatan pinjaman peribadi. Sebagai alternatif, bagi mereka yang titak ingin berurusan dengan Bank, terdapat juga peminjam wang berlesen KPKT (atau kini dikenali sebagai Komuniti Kredit) seperti instaDuit. Pastikan anda membuat kajian sebelum memilih pinjaman peribadi yang paling selamat dan terbaik.

Apakah perbezaan antara pembiayaan islamik dengan pinjaman konvensional? Yang manakah patut anda dapatkan?

Untuk pinjaman peribadi konvensional, pemberi pinjaman meminjamkan wang kepada anda dan  anda membayar balik pinjaman tersebut dengan faedah.

Pinjaman peribadi Islamik pula mengikut prinsip pembiayaan syariah yang mengelakkan transaksi berasaskan faedah (riba). Ia berdasarkan konsep pendapatan melalui penjualan komoditi di mana pemberi pinjaman akan membeli komoditi itu bagi pihak peminjam, dan menjualnya semula kepadanya dengan keuntungan. Pembayaran balik ditangguhkan, di mana peminjam akan membuat pembayaran balik kepada pemberi pinjaman berdasarkan harga jualan komoditi secara tertunda melalui bayaran bulanan.

Sebagai gantian faedah (riba), kadar keuntungan ditakrifkan dalam kontrak pembiayaan.

Apakah perbezaan antara pinjaman peribadi instaDuit berbanding pinjaman peribadi Bank?

Di instaDuit, kami menawarkan perkhodmatan pinjaman atas talian yang mudah, cepat dan mesra untuk semua. Berurusan dengan pihak bank amat merumitkan,  instaDuit menjaminkan pengalaman yang terbaik untuk ANDA berbanding mana-mana bank atau syarikat pinjaman lain. Falsafah kami adalah untuk memberikan perkhidmatan kewangan yang adil dan telus kepada semua.

Pinjaman dalam talian dan pinjaman peribadi bank adalah dua pilihan biasa untuk meminjam wang, tetapi masing-masing mempunyai faedahnya sendiri. instaDuit menawarkan beberapa kelebihan berbanding pinjaman bank, termasuk:

  1. Kemudahan: Pinjaman dalam talian boleh dipohon dan diluluskan dari keselesaan rumah anda sendiri, 24/7. Anda tidak perlu membuat perjalanan ke bank dan mengurangkan masa yang diperlukan untuk mendapatkan kelulusan.
  2. Kelajuan: Permohonan pinjaman dalam talian boleh diproses lebih cepat daripada pinjaman bank. instaDuit memproses permohonan anda seawal 24 jam, manakala pinjaman bank boleh mengambil masa beberapa hari atau minggu untuk diproses.
  3. Fleksibiliti: Pinjaman dalam talian selalunya menawarkan syarat pembayaran balik yang lebih fleksibel daripada pinjaman bank, menjadikannya lebih mudah bagi peminjam untuk mencari pelan pembayaran yang sesuai dengan bajet mereka.

Bagaimanakah pemberi pinjaman membuat keputusan terhadap kelulusan permohonan pinjaman peribadi?

Untuk pinjaman peribadi tidak bercagar, pemberi pinjaman membuat berdasarkan kelayakan kredit peminjam dengan menggunakan penyata bank, slip gaji dan penyata KWSP serta laporan kredit daripada Agensi Biro Kredit seperti CTOS dan Experian.

Lazimnya, kelulusan untuk permohonan pinjaman peribadi bergantung pada kesihatan kewangan peminjam dan keupayaannya untuk membayar, contohnya gaji anda, kestabilan pendapatan, komitmen kewangan semasa (seperti bilangan pinjaman yang anda miliki), status pekerjaan dan kredit anda. Beberapa faktor yang dinilai oleh pemberi pinjaman dan mempengaruhi kelulusan pinjaman anda termasuk:

  1. Status pekerjaan anda
  2. Ketekalan pembayaran gaji anda
  3. Sejarah pembayaran bil dan pinjaman anda
  4. Komitmen kewangan sedia ada yang anda miliki (biasanya dikenali sebagai Debt Servicing Ratio atau DSR)
  5. Penggunaan kredit kad kredit anda
  6. Permohonan pinjaman terkini yang telah anda memohon
  7. Sebarang rujukan perdagangan yang telah dibuat terhadap anda (contohnya, pinjaman tertunggak atau bil yang belum anda selesaikan)
  8. Sebarang tindakan undang-undang atau kes mahkamah yang telah diambil terhadap anda
  9. Skor kredit anda

Berdasarkan kriteria ini, pemberi pinjaman kemudian boleh membuat keputusan terhadap jumlah yang anda boleh pinjam, syarat pinjaman peribadi anda dan kadar faedah. Bergantung kepada pemberi pinjaman, pinjaman peribadi peminjam boleh diluluskan sehingga lima kali ganda daripada gaji bulanan pemohon.

Adakah pemberi pinjaman mengenakan bayaran pendahuluan apabila mengambil pinjaman peribadi?

Biasanya, yuran dan caj pinjaman peribadi terdiri daripada yuran duti setem, yuran pemprosesan, yuran guaman, penyelesaian awal dan caj pembayaran lewat. Jenis yuran dan amaun yuran berbeza dari satu pemberi pinjaman kepada pemberi pinjaman yang lain tetapi yuran duti setem (0.5% daripada jumlah pinjaman) biasanya wajib untuk semua pemberi pinjaman.

Anda tidak akan diminta membayar sebarang yuran atau caj pendahuluan apabila memohon pinjaman peribadi. Institusi kewangan yang berdaftar tidak akan meminta wang pendahuluan untuk membayar peguam atau insurans. Bayaran ini akan ditolak dari jumlah wang yang dipinjam jika perlu.

Berhati-hati jika pemberi pinjaman meminta anda membayar yuran pendahuluan kerana ini adalah haram di Malaysia dan merupakan amalan biasa penipu untuk menipu peminjam yang tidak curiga. Sila hubungi pihak berkuasa jika anda telah diminta oleh sesiapa untuk membayar yuran tersebut.

Adakah pemberi pinjaman memerlukan peminjam untuk mengambil sebarang insurans pinjaman atau pelan Takaful?

Sesetengah pemberi pinjaman mungkin mendesak peminjam mengambil insurans pinjaman atau pelan Takaful. Ini adalah untuk menampung pinjaman anda sekiranya kejadian malang yang membawa kepada hilang upaya kekal atau kematian, menyebabkan anda tidak dapat membayar balik pinjaman anda. Dengan perlindungan seperti ini, anda tidak perlu risau untuk membuat pembayaran balik pinjaman jika hilang upaya kekal menyebabkan anda tanpa pendapatan. Anda juga akan berasa tenang apabila mengetahui bahawa aset anda (contohnya wang daripada akaun KWSP anda dan insurans lain) tidak akan digunakan untuk membayar balik pinjaman anda sekiranya berlaku kematian. Pelan insurans atau Takaful biasanya ditolak daripada jumlah pinjaman.

Kami di instaDuit tidak megenakan insurans atau takaful pinjaman terhadap pelanggan kami.

Apakah yang perlu saya perhatikan sebelum menandatangani perjanjian pinjaman?

Sila beri perhatian khusus terhadap perkara-perkara berikut sebelum anda menandatangani perjanjian pinjaman anda: –

Tempoh pinjaman – Anda mungkin telah memohon pinjaman 24 bulan, tetapi sebaliknya anda ditawarkan tempoh pinjaman selama 48 bulan. Tempoh pinjaman yang lebih panjang bermakna lanjutan kepada jumlah faedah yang perlu dibayar – jika anda memutuskan untuk menerima tawaran tersebut.

Jumlah pinjaman – Bergantung pada tahap risiko anda sebagai pemohon di mata bank atau peminjam, anda mungkin tidak selalu diberikan jumlah penuh pinjaman yang anda mohon.

Bayaran balik bulanan – Setelah anda menetapkan tempoh pinjaman, jumlah pinjaman dan kadar faedah yang ditawarkan, pastikan anda dapat membuat pembayaran balik bulanan seperti yang dijadualkan.

Memahami semua terma, syarat, yuran guaman, dan caj faedah lewat yang berkaitan dengan pinjaman.

Apa nasihat akhir sebelum saya memohon pinjaman peribadi?

Pinjaman peribadi sangat sesuai untuk peminjam yang memerlukan wang tunai dengan cepat dan tidak mahu meletakkan sebarang cagaran. Tetapi seperti semua hutang, pinjaman peribadi tidak boleh dipandang ringan dan boleh membawa kepada masalah jika anda tidak dapat mengawal kewangan anda dan membuat pembayaran tepat pada masanya.

Pembayaran tepat pada masanya ialah perkara pertama yang boleh anda lakukan; sediakan arahan pembayaran dengan bank anda, dan juga peringatan kalendar jika ia membantu anda mengikuti garisan

Dan akhirnya – sila meminjam secara bertanggungjawab dengan merancang belanjawan anda dan pastikan anda mempunyai kemampuan, sentiasa membuat pembayaran pada masa yang tepat dan sentiasa membuat pembayaran dengan sepenuhnya – denagan ini anda boleh nikmati faedah dan kebebasan yang boleh dibawa oleh pinjaman peribadi.

instaDuit Pinjam Peribadi Terpercayai di Malaysia

Apakah Pinjaman Peribadi Terbaik untuk saya?

Tentulah Pinjaman Peribadi instaDuit. Sila klik pautan ini untuk memulakan untuk permohonan anda. Kami menjaminkan pengalaman pinjaman peribadi terbaik berbanding dengan bank-bank atau peminjam-peminjam lain. Tunggu apa lagi? #instaduitjelah

Disayangi oleh ramai …

Disokong oleh platform kewangan yang bereputasi …

skor kredit pinjaman peribadi

Apa itu Skor Kredit?

Skor kredit, adalah angka 3 digit yang diperolehi berdasarkan sejarah kredit peminjam, komitmen kewangan serta faktor lain seperti tindakan undang-undang dan rujukan perdagangan.

Ia menunjukkan kesihatan kredit anda dan memainkan peranan pending semasa anda membuat permohonan pinjaman wang.

Skor kredit yang baik akan meningkatkan peluang anda untuk kelulusan pinjaman tetapi skor kredit yang rendah boleh menjejaskan kewangan peribadi dan merendahkah peluang anda untuk kelulusan permohonan pinjaman wang. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai skor kredit di sini.

Bolehkah anda mendapatkan pinjaman peribadi jika anda ‘disenarai hitam’ / blacklist atau mempunyai skor kredit yang rendah?

Jika anda pernah mengalami masalah wang pada masa lalu dan ia ditunjukkan pada profil kredit anda – bolehkan anda masih boleh membuat pinjaman peribadi? Jawapannya – Mungkin.

Semuanya bergantung pada bagaimana pemberi pinjaman akan mentafsir maklumat yang ada. Ramai pemberi pinjaman mungkin mengambil faktor – seperti pembayaran lewat, kemungkiran pinjaman atau bilangan kad kredit yang ada – sebagai tanda pengurusan wang yang lemah. Dan ini mungkin menyebabkan mereka menganggap anda sebagai seseorang mempunyai ‘kredit buruk’.

Namun begitu, pemberi pinjaman yang berbeza mempunyai cara yang berbeza untuk menilai profil kredit seseorang. Oleh itu, walaupun anda telah ditolak oleh satu pemberi pinjaman, ini tidak bermakna bahawa semua pemberi pinjaman akan menolak permohonan anda. Sebaliknya, permohonan pinjaman peribadi anda mungkin diluluskan tetapi pada kadar yang lebih tinggi atau jumplah pinjaman yang lebih rendah.

Apakah itu skor kredit yang buruk?

Skor kredit ialah satu nombor tiga angka yang digunakan oleh pemberi pinjaman semasa membuat penilaian permohonan pinjaman anda. Secara amnya, skor kredit yang tinggi mengolehkan peluang yang lebih tinggi untuk mendapatkan kelulusan permohonan pinjaman anda.

Di Malaysia, terdapat dua sumber yang paling berpengaruh untuk mendapatkan laporan kredit anda –  CCRIS dan CTOS. CCRIS terletak di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia manakala CTOS ialah sebuah Agensi Pelaporan Kredit  persendirian di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.

Walaupun CCRIS mengambil maklumat tentang anda daripada institusi-institusi kewangan, CTOS menggunakan maklumat yang berkaitan daripada JPN (Jabatan Pendaftaran Nasional), SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia), dan juga daripada Jabatan Insolvensi.

Kebiasaannya, bank-bank dan pemberi pinjaman tidak suka kepada peminjam-peminjam yang: –

  • DSR (Debt Servicing Ration atau Nisbah Khidmat Hutang) yang Tinggi – DSR menganggakan sejauh mana anda boleh membuat pembayaran balik berdasarkan pendapatan bersih anda berbanding dengan komitmen kewangan bulanan.; DSR yang paling baik dikekalkan dibawah 60%
  • Terlepas, lewat atau gagal membayar balik hutang atau ansuran – Jika anda terlepas pembayaran penyata kad kredit anda, anda bukan sahaja akan dikenakan faedah di atas jumlah tertunggak serta yuran lewa, sejarah perbankan CCRIS anda juga akan menunjukkan ketinggalan pembayaran anda. Selain itu, status pinjaman PTPTN anda juga akan ditunjukkan dalam CCRIS jika ia tidak dibayar.
  • Akaun Perhatian Khas – Jika laporan CCRIS anda menunjukkan “Akaun Perhatian Khas”, institusi-institusi kewangan tidak akan meluluskan permohonan pinjaman anda. Ini biasanya bermakna bahawa bank atau institusi kewangan sedang memantau keadaan dengan teliti semasa dalam proses mendapatkan semula pinjaman – atau sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjamnya.
  • Banyak permohonan kredit dalam tempoh masa – Anda boleh dilihat sebagai seseorang yang terdesak – atau pemohon berisiko tinggi – daripada segi bank dan pemberi pinjaman jika anda telah membuat beberapa permohonan untuk pinjaman dan juga kad kredit terutamanya dalam jangka masa yang singkat.

Ya, anda mungkin mempunyai peluang untuk mendapatkan pinjaman, walaupun dengan ‘kredit buruk’. Tetapi ini bergantung kepada kebolehan anda untuk meyakinkan pemberi pinjaman bahawa anda boleh membayar balik pinjaman dengan segera. Anda mungkin boleh melakukan ini dengan menunjukkan aliran pendapatan yang kukuh, melibatkan diri dengan pekerjaan tetap dengan sebuah syarikat besar dan mungkin juga mencagarkan asset anda (contoh. harta yang anda miliki), atau melantik seorang penjamin.

Adakah pinjaman peribadi akan menjejaskan skor kredit saya?

Skor kredit ialah nombor 3 digit yang menunjukkan kelayakan kredit peminjam berdasarkan sejarah kredit peminjam, komitmen kewangan serta faktor lain seperti tindakan undang-undang dan rujukan perdagangan. Skor kredit yang baik boleh meningkatkan peluang peminjam untuk mendapatkan kelulusan pinjaman peribadi dan digemari oleh pemberi pinjaman. Walau bagaimanapun, skor kredit yang rendah mungkin akan ditolak.

Membuat pinjaman peribadi tidak akan menjejaskan skor kredit anda. Walau bagaimanapun, cara bayaran balik bulanan anda yang akan mempengaruhi skor kredit anda. Jika anda membuat pembayaran segera kepada komitmen bulanan anda, pinjaman peribadi sebenarnya boleh membantu anda meningkatkan skor kredit anda. Walau bagaimanapun, jika anda terlepas atau membuat pembayaran balik yang tidak tetap, ini sebenarnya boleh menjejaskan skor kredit anda.

Bagaimanakah saya meningkatkan peluang kelulusan untuk pinjaman peribadi?

Berikut adalah cara-cara yang meningkatkan peluang kelulusan permohonan pinjaman peribadi anda:

  1. Semak Laporan Kredit anda

Sebagai contoh, pemberi pinjaman mungkin telah melaporkan bahawa anda tidak membuat pembayaran tepat pada masanya. Tetapi, anda telah membayar hutang anda! Kesilapan seperti ini adalah salah satu sebab anda perlu meyemak laporan kredit anda dari semasa ke semasa.

Laporan kredit CTOS anda juga menunjukkan sama ada sebarang tindakan undang-undang telah dikenakan terhadap anda. Ini mungkin termasuk bil utiliti yang belum dibayar di mana syarikat telekomunikasi atau pembekal perkhidmatan internet menyaman anda untuk mengutip yuran yang terhutang oleh anda. Jika anda ingin mempertikaikan tuntutan yang dibuat terhadap anda, sila minta semakan data dengan agensi biro kredit.

  1. Langsaikan semua tunggakan

Jika anda lewat membuat pembayaran kad kredit, ansuran pinjaman rumah atau kereta – pastikan anda membayarnya dengan segera.

Skor kredit anda adalah salah satu cara utama untuk menunjukkan kebolehan anda sebagai jurubayar yang baik (atau tidak begitu baik). Kelulusan untuk permohonan pinjaman lebih susah jikalau anda menunjukkan bahawa anda menghadapi masalah untuk menampung yuran anda.

  1. Tunggu

Apabila anda membayar semua yuran dan baki anda, ia akan mengambil masa kira-kira 12 bulan sebelum ia dibersihkan daripada rekod anda.

  1. Bina kredit yang baik

Pilihan ini mungkin atau mungkin tidak boleh terpakai semua orang kerana faktor masa. Tetapi jika masa menyebelahi anda, anda boleh berusaha untuk meningkatkan kredit anda. Ini kerana dengan kredit yang baik datangnya kelulusan yang lebih tinggi dan kadar faedah yang lebih rendah.

Anda boleh meningkatkan profil kredit dengan membuat pembayaran semua bil pada masa yang. Anda juga boleh meningkatkan profile kredit dengan mengekalkan penggunaan kredit anda di bawah 20% hingga 30% (lebih rendah lebih baik) pada kad kredit anda.

  1. Mohon jumlah pinjaman yang lebih kecil

Walaupun, anda memerlukan jumplah pinjaman yang besar, pemberi pinjaman mungkin lebih selesa untuk meminjamkan anda dengan jumlah yang lebih kecil. Sekarang jika anda berjaya membayar balik pinjaman ini, anda akan meningkatkan profil kredit anda dan peluang anda untuk kelulusan pinjaman yang berikutnya akan lebih tinggi.

  1. Sokong permohonan pinjaman anda

Walaupun pinjaman peribadi kebanyakannya tidak bercagar, apabila anda mempunyai kredit yang lemah, anda mungkin perlu mengemukakan pelbagai jenis jaminan kepada bank atau peminjam untuk membantu permohonan anda. Seperti yang dinyatakan di atas, perlantikan seorang penjamin, atau cagaran asset mungkin akan menaikkan peluang anda untuk kelulusan permohonan pinjaman anda

  1. Pertimbangkan tempoh yang lebih lama

Apabila pendapatan anda rendah, anda perlu memastikan ansuran bulanan anda juga rendah. Dengan tempoh yang lebih lama (dan faedah yang lebih rendah), anda boleh memanjangkan pembayaran balik untuk menjadikannya pembayaran yang lebih mampu dalam jangka masa panjang. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa semakin lama tempoh, semakin tinggi kos faedah secara keseluruhan.

Walau bagaimanapun, jika permohonan anda ditolak di mana-mana, sudah tiba masanya untuk menilai secara serius status kewangan anda. Kami tidak bermaksud untuk menakutkan anda, tetapi ini boleh menjadi tanda bahawa anda tidak menguruskan wang anda dengan cukup baik.

Pinjaman Peribadi Ah Long Peminjam Wang Tidak Berlesen

Patutkah saya mebuat pinjaman dengan “Ah Long”?

Nama “Ah Long” dan Pemberi Pinjam Wang sering dicampur dengan kategori yang sama. Ah Long biasanya digambarkan sebagai pemberi pinjaman yang tidak bertanggungjawab yang mengenakan kadar faedah yang tidak munasabah dan akan mengancam peminjam mereka jika mereka tidak membuat bayaran ansurannya.

Pemberi pinjaman wang berlesen di Malaysia, yang dikenali hari ini sebagai Komuniti Kredit, tidak sama dengan Ah Long. Ia dikawal dan dilesen oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan garis panduan yang ketat terikat dengan Akta Pinjaman Wang 1951. Menurut akta ini, peminjam wang berlesen hanya boleh mengenakan kadar faedah maksimum 12% setahun bagi pinjaman bercagar dan faedah 18% setahun bagi yang tidak selamat. Jika anda terjumpa mana-mana peminjam wang yang mengenakan caj lebih tinggi daripada itu, berhati-hatilah!

Berhati-hati apabila mengambil pinjaman daripada Ah Long.

Biasanya mereka beroperasi secara haram dan ada juga yang menyamar sebagai perminjam wang berlesen. Ramai ah Long mengugut pelanggan mereka dengan memalukan peminjam mereka secara terbuka dan merosakkan harta benda seperti menyimbah cat pada kereta atau pintu masuk rumah mereka. Lebih teruk, keluarga peminjam juga akan menerima ancaman keselamatan yang boleh membawa kepada keruntuhan rumahtangga dan menggugat keharmonian keluarga.

Peminjam juga akan menerima gangguan secara mental dan fizikal jika mereka gagal untuk membuat bayaran atau gagal untuk menuruti kehendak ah long. Malah gangguan ini boleh mengakibatkan peminjam mengalami kemurungan, ketakutan dan tekanan perasaan.

Ia boleh menjadi keadaan yang sangat tertekan.

Bagaimanakah boleh saya megesan pihak itu sebagai Ah Long?

Untuk mengelak anda daripada terjerumus dalam penipuan Ah Long, anda perlu memahami perbezaan antara pinjaman wang berlesen dan pinjaman Ah Long.

Berikut adalah beberapa petunjuk yang boleh anda perhatikan untuk mengesan dan mengelakkan berurusan dengan Ah Long :

  1. Iklan – Pernahkah anda melihat poster pada tiang lampu, yang bertulis “Pinjaman Mudah, Kelulusan Cepat, Hubungi nombor ini”? Kemungkinan tinggi pihak ini adalah peminham Ah Long. KPKT menghendaki semua pemberi pinjaman wang berlesen memaparkan nombor lesen pinjaman mereka dengan jelas, berserta alamat, butiran hubungan dan maklumat laman web mereka.
  2. Mesej yang mencurigakan – Ramai daripada peminjam ini menghantar mesej WhatsApp atau SMS yang tidak diminta menawarkan perkhidmatan pinjaman. Abaikan mereka.
  3. Mereka mungkin kelihatan mesra pada mulanya tetapi menjadi agresif jika anda tidak dapat memenuhi syarat pembayaran anda
  4. Kadar faedah yang sangat tinggi
  5. Meminta bayaran pendahuluan sebelum meluluskan pinjaman anda dan mengenakan semua jenis yuran tersembunyi
  6. Meluluskan pinjaman anda tanpa meminta maklumat kewangan anda seperti slip gaji dan penyata bank
  7. Tidak menawarkan sebarang perjanjian pinjaman, atau kontrak yang ditulis dengan buruk dan dengan syarat pinjaman yang tidak jelas
  8. Mengganggu peminjam, kadang-kadang dengan ugutan dan mengintimidasi rakan, keluarga dan jiran untuk menekan peminjam untuk membayar.

Memandangkan mereka sering beroperasi secara haram, mereka akan melakukan apa-apa sahaja untuk menekan anda untuk menyelesaikan hutang anda. Terdapat banyak kisah seram yang menjadi mangsa peminjam ini, google lah laman web dan anda akan dapat mencari banyak artikel mengenai kes-kes sedemikian dalam talian.

Apakah pemberi pinjaman wang berlesen dan bagaimana anda boleh memastikan sama ada ia adalah sah?

Pemberi pinjaman wang berlesen atau komuniti kredit, seperti yang dikenali hari ini, dikawal selia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Mereka diberikan lesen pinjaman wang yang perlu diperbaharui oleh syarikat pemberi pinjaman setiap dua tahun. Lesen ini dikawal oleh garis panduan ketat daripada Akta Pinjaman Wang 1951, yang menggariskan beberapa perkara utama ‘boleh buat’ dan ‘tidak boleh buat’, termasuk: –

  1. Kadar faedah maksimum untuk pinjaman peribadi bercagar dihadkan pada 12% setahun atau 1% sebulan
  2. Kadar faedah maksimum untuk pinjaman peribadi tidak bercagar dihadkan pada 18% setahun atau 1.5% sebulan
  3. Mereka tidak dibenarkan meluluskan dan mengeluarkan pinjaman dari jauh — pengesahan fizikal secara bersemuka terhadap identiti peminjam diperlukan
  4. Mereka perlu menilai keadaan kewangan peminjam
  5. Mereka perlu melalui terma pinjaman sendiri selepas meluluskan permohonan pinjaman peminjam
  6. Menandatangani perjanjian pinjaman hendaklah dibuat sendiri di alamat perniagaan berdaftar pemberi pinjaman wang berlesen
  7. Mereka tidak dibenarkan menggunakan faedah kompaun atau meningkatkan jumlah faedah apabila anda tidak membayar tepat pada masanya.
  8. Jika peminjam terlepas pembayaran mereka, mereka mungkin menghantar peringatan kepada anda dan melantik agensi pengutip hutang atau firma guaman untuk menghubungi anda

Anda boleh mengesahkan kesahihan pemberi pinjaman dengan menyemak nombor pendaftaran syarikat (SSM) di www.mydata-ssm.com.my dan menyemak laman web Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di https://www .kpkt.gov.my/. Jika nama syarikat tidak ada, sila membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Bagaimana boleh saya membezakan pemberi pinjaman wang berlesen daripada pemberi pinjaman Ah Long?

Kadangkala, ia amat sukar atau keliru untuk membezakan pemberi pinjaman wang berlesen daripada pemberi pinjaman Ah Long. Lebih menakutkan lagi, ada Ah Long yang menyamar dan memperkenalkan diri sebagai Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPW) untuk mengumpan penghutang. Dan ini sering memberi nama buruk kepada pemberi pinjaman wang berlesen.

Sebenarnya perbezaan itu tidak begitu sukar, untuk mengetahui sama ada pemberi pinjaman wang sah atau tidak, berikut adalah beberapa petunjuk yang boleh anda perhatikan: –

Sebuah syarikat pinjaman wang yang sah akan dengan senang hati berkongsi butiran mereka seperti nombor lesen pinjaman wang KPKT mereka, nombor pendaftaran SSM, alamat pejabat mereka, laman web dan butiran untuk dihubungi. Selain itu, mereka juga akan telus untuk menerangkan kepada anda cara perniagaan beroperasi dan terma dan syarat pinjaman. Jadi jangan malu untuk bertanya lebih banyak butiran jika anda ragu-ragu. Sebaliknya, pemberi pinjaman mungkin menjadi agresif jika anda meminta butiran sedemikian daripada mereka atau membalas dengan pelbagai alasan untuk mengalihkan soalan anda. Mereka juga akan menjadi tidak sabar dan mungkin mula meninggikan suara mereka. Jika mereka berbuat demikian, maka anda harus menutup telefon atau berhenti berkomunikasi dengan mereka.

Pihak Ah Longs mungkin juga kelihatan mesra dari permulaan dan meluluskan pinjaman peminjam dengan cepat. Namun, tanda-tandanya bermula apabila mereka meminta bayaran pendahuluan selalunya mencecah ratusan ringgit. Apabila anda menunjukkan keraguan atau menolak tawaran itu, mereka mungkin mendapat kesat lisan dan memaksa bakal pelanggan untuk mendaftar untuk pinjaman mereka.

Kata-Kata Terakhir, pilihlah syarikat pinjaman wang berlesen, bukan Ah Long

Jika anda tedesak dan memerlukan wang tunai segera, anda harus mencuba dan mendapatkan bantuan daripada rakan dan keluarga anda terlebih dahulu. Jika anda tidak mahu berurusan dengan bank dan sedang mempertimbangkan untuk mengambil pinjaman peribadi sama ada daripada Ah Long atau pemberi pinjaman wang berlesen, jelas yang mana satu pilihan yang lebih bijak. Tanya mereka soalan yang betul, lakukan penyelidikan anda dan jika pemberi pinjaman wang yang anda berurusan membuat anda tidak selesa, kemungkinan dengan anda sedang berurusan dengan pihak Ah Long.

Penipuan Scammer BB Capital instaDuit

Berhati-hatilah dengan Penipu Scammer!

Terdapat banyak sindiket penipu yang menyamar sebagai pemberi pinjaman wang yang sah untuk menarik pemohon yang tidak curiga. Jika anda mengesyaki anda telah didekati oleh penipu scammer, sila baca untuk mendapatkan butiran lanjut.

  1. Penipuan yang dilakukan adalah melalui media sosial atau laman sesawang yang palsu dengan mengiklankan perkhidmatan pinjaman peribadi. Kami telah mengenalpasti laman web dan facebook palsu ini: www.bbcapital.info dan www.facebook.com/BB-Capital-Sdn-Bhd-108555301573303
  2. Setelah mangsa memberikan segala informasi dan maklumat diri, mereka akan menyamar sebagai Ejen Pinjaman daripada BB CAPITAL SDN BHD
  3. Mereka akan WhatsApp dan rekod suara sahaja tanpa menerima sebarang panggilan
  4. Setelah mendapat ‘kelulusan’ untuk membuat pinjaman, mereka akan meminta mangsa membayar wang perlindungan insurans yang biasanya dalam beratus-ratus ringgit
  5. Selepas membayar wang perlindungan insurans, mereka akan meminta mangsa membayar wang untuk pembukaan akaun pinjaman
  6. Akaun yang diberikan oleh mereka adalah akaun individu bukan akaun syarikat.
  7. Akaun ini biasanya atas nama individu dan bukannya akaun syarikat. Ini dikenali sebagai akaun “mule” yang digunakan untuk menerima dan memindahkan dana yang diperoleh secara haram bagi pihak orang lain. Jika anda mengesyaki penipu ini beroperasi dengan akaun mule, anda boleh menyemak portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia ini.
  8. Mereka akan menakutkan mangsa dengan mengatakan jika mangsa tidak membayar wang tersebut, mereka ugut untuk mendedahkan maklumat peribadi mangsa kepada pihak berkuasa
  9. Apabila mangsa sudah membayar kesemua wang tersebut, mereka akan terus menghilangkan diri

Terdapat ramai mangsa yang telah ditipu oleh penipu sedemikian dan kehilangan banyak wang.

Sebagai komuniti kredit yang berlesen, kami tidak akan meminta sebarang bayaran wang pendahuluan atau meminta pelanggan kami untuk memindahkan wang kepada akaun pihak ketiga. Sekadar ini, instaDuit atau BB Capital Sdn Bhd hanya menawarkan perkhidmatan kami di KL & Selangor sahaja.

Anda boleh hubungi kami melalui WhatApp nombor  017 215 9500 atau klik  sini untuk pengesahan maklumat lebih lanjut.

Jika anda mengesyaki bahawa anda telah ditipu oleh scammer, kami cadangkan anda pergi ke balai polis berhampiran anda untuk membuat laporan polis.

Bagaimana Saya Boleh Membebaskan Hutang Saya Dengan Cepat?

Adakah anda menghadapi masalah dengan hutang yang menimbun? Anda tidak sendirian! Ramai rakyat Malaysia menghadapi cabaran menguruskan bil kad kredit, overdraft, dan pinjaman peribadi. Jangan bimbang, masih ada harapan! Berikut adalah beberapa petua mudah untuk membantu anda keluar dari hutang dan mencapai kebebasan kewangan.

  1. Menilai Situasi Hutang Anda – Mula dengan mengumpulkan semua penyata hutang anda – kad kredit, pinjaman, dan pinjaman rumah. Catatkan jumlah baki yang tertunggak, kadar faedah, dan pembayaran minimum bulanan untuk setiap hutang.
  2. Membuat Belanjawan – Tetapkan belanjawan terperinci untuk mengawal pendapatan dan perbelanjaan anda. Kenal pasti bidang di mana anda boleh memotong belanja untuk mengalih lebih banyak wang ke pembayaran hutang.
  3. Memutuskan Kepentingan Hutang – Sasarkan hutang dengan kadar faedah tertinggi dahulu. Melunaskan hutang ini dengan cepat akan menjimatkan wang dalam jangka panjang. Lakukan pembayaran minimum untuk hutang lain sambil mengalihkan dana tambahan ke hutang dengan kadar faedah tertinggi. Lunaskan hutang yang mempunyai konsekuensi serius jika anda gagal melakukannya. Sebagai contoh, tidak membayar ansuran PTPTN boleh menyebabkan anda disenarai hitam, yang bukan perkara yang baik.
  4. Pertimbangkan Penggabungan Hutang – Terokai opsyen untuk menggabungkan hutang dengan kadar faedah tinggi ke dalam pinjaman tunggal dengan kadar faedah yang lebih rendah. Ini menyederhanakan pembayaran dan mungkin mengurangkan beban faedah keseluruhan anda.
  5. Menambah Pendapatan – Cari cara untuk meningkatkan pendapatan anda, seperti menjalankan kerja sampingan, bekerja bebas, atau menjual barang yang tidak lagi diperlukan. Salurkan pendapatan tambahan ini ke dalam pembayaran hutang anda.
  6. Kaedah ‘Snowball’ atau ‘Avalanche’ – Pilih strategi pembayaran hutang: kaedah ‘Snowball’ dengan melunaskan hutang terkecil dahulu, kemudian gunakan wang yang dibebaskan untuk menyerang hutang seterusnya. Fikirkan seperti menyimpan duit saku – perlahan tapi pasti, ia akan bertambah. Ingat, matlamatnya adalah untuk mengelakkan membayar faedah yang tidak perlu. Setiap pembayaran yang anda buat, walau sekecil mana pun, adalah satu langkah ke arah kebebasan kewangan.Kaedah kedua adalah kaedah ‘avalance’ dimana and menumpukan kepada permbayaran hutang dengan kadar faedah tertinggi
  7. Elakkan Daripada Menimbun Hutang Lebihan = Bekukan kad kredit, berhenti langgan e-mel beli-belah yang menggiurkan, dan amalkan belanja yang bertanggungjawab untuk mengelakkan penimbunan hutang. Hanya gunakan kad kredit jika anda mempunyai dana untuk melunasinya sepenuhnya dalam tempoh kelonggaran. Ini membantu anda mengelakkan caj faedah yang menyakitkan itu.
  8. Gunakan Dengan Bijak Windfall – Salurkan wang tak terduga, seperti bayaran cukai atau bonus, terus ke pembayaran hutang anda daripada membazirkan pada barang bukan-keperluan.
  9. Cari Bimbingan Kewangan – Pertimbangkan untuk mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan, kaunselor, atau Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). Mereka boleh menawarkan strategi yang dipersonalisasi dan membantu menavigasi situasi kewangan yang kompleks.
  10. Tetapkan Motivasi – Bayar hutang anda tepat pada masanya untuk mengelakkan caj lewat dan caj faedah tambahan. Tetapkan pengingat, minta bantuan pasangan anda, atau gunakan aplikasi perbelanjaan. Pantau kemajuan anda secara berkala. Rayakan pencapaian, walau sekecil mana pun, untuk tetap bermotivasi dan fokus kepada matlamat membebaskan hutang anda.
  11. Jejak belanjaan anda dan kenal pasti bidang di mana anda boleh memotong – Setiap ringgit yang anda selamatkan adalah satu langkah lebih dekat kepada kebebasan daripada hutang.
  12. Jual Pelaburan dengan pulangan rendah – Jika pelaburan anda tidak memberikan pulangan yang baik, pertimbangkan untuk menjualnya untuk melunaskan hutang anda. Ini terutamanya benar jika hutang anda mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi daripada pulangan pelaburan anda.
  13. Kurangkan Simpanan (Sementara) – Walaupun menyimpan adalah penting, kadang-kadang adalah baik untuk menangguhkannya untuk memberi tumpuan kepada pembayaran hutang. Ingatlah, faedah yang anda bayar untuk hutang anda mungkin lebih tinggi daripada faedah yang anda peroleh dari simpanan anda.
  14. Semak dan Sesuaikan – Secara berkala, semak belanjawan dan rancangan pembayaran hutang anda. Sesuaikan jika perlu berdasarkan perubahan dalam situasi kewangan anda atau perbelanjaan yang tidak dijangka.

Melunaskan hutang adalah perjalanan yang memerlukan disiplin, pengorbanan, dan kesabaran. Jumlah pembayaran hutang anda tidak seharusnya melebihi 36% daripada pendapatan kasar bulanan anda. Ini memastikan anda mempunyai wang yang mencukupi untuk perbelanjaan penting lainnya. Dengan membuat rancangan yang jelas, mempertahankan komitmen terhadapnya, dan membuat penyesuaian yang diperlukan sepanjang jalan, anda boleh melunaskan hutang anda dengan lebih cepat daripada yang anda bayangkan. Dengan mengikuti petua ini dan tetap komited kepada matlamat anda, anda boleh mencapai kebebasan kewangan dan menjalani kehidupan tanpa tekanan. Mari kita berusaha bersama-sama untuk bebas dari hutang!

Jangan lakukan ini ketika memohon pinjaman peribadi

Jangan memohon pinjaman tanpa tujuan yang jelas: Pastikan anda mempunyai keperluan yang spesifik untuk pinjaman dan memahami bagaimana anda akan menggunakan dana tersebut.

  • Jangan meminjam lebih daripada yang anda mampu: Kira pembayaran bulanan anda dan pastikan ia selesa dalam belanjawan anda.
  • Jangan memohon beberapa pinjaman secara serentak: Ini boleh memberi kesan yang besar kepada skor kredit anda dan mengurangkan peluang kelulusan.
  • Jangan abaikan hutang kad kredit: Utamakan penggabungan hutang kad kredit yang mempunyai kadar faedah tinggi ke dalam pinjaman peribadi untuk pengurusan kewangan yang lebih baik.
  • Jangan ragu untuk mencari bantuan: Jika anda tidak pasti tentang proses atau memerlukan nasihat kewangan, rujuk kepada penasihat kewangan yang dipercayai.
  • Jangan berikan maklumat palsu: Sentiasa berterus-terang dalam permohonan anda untuk mengelakkan masalah undang-undang yang mungkin timbul.

Dengan mengikuti panduan ini, anda dapat menavigasi proses permohonan pinjaman peribadi di Malaysia dengan keyakinan dan membuat keputusan yang berinformasi untuk kebaikan kewangan anda. Ingat, pinjaman peribadi sepatutnya menjadi alat untuk memperkasakan perjalanan kewangan anda, bukan bebanan yang membebankan anda.

Mencari Pinjaman Peribadi Ekpres?
InstaDuit je lah.